ANSARABP

ANSARABP
Ansara Balik Pulau

PELANCARAN TABUNG DANA MEMBAIKPULIH SURAU AL-HIDAYAH, MRSM BALIK PULAU

Alhamdulillah, kini kita telah memasuki hari ke-17 dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada 17 Ramadhan, pada tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW, telah berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran, di mana Allah SWT telah menurunkan ayat-ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail, iaitu 5 ayat pertama dari surah Al-Alaq, maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Pada hari yang mulia ini juga, pihak EXCO Ansara Balik Pulau, ingin mengumumkan Pelancaran Tabung Dana Membaikpulih Surau Al-Hidayah, MRSM Balik Pulau, yang telah dilancarkan oleh Ketua Cawangan, Sdr. Muhamad Paizal Othman semasa Malam Iftar Ansara Balik Pulau bersama Anak-anak Yatim pada 20hb Julai 2013 yang lalu.


Untuk makluman semua, keadaan Surau Al-Hidayah adalah dalam keadaan sedikit uzur. Oleh kerana ruangannya yang agak padat, ia tidak berjaya menampung bilangan jemaah yang agak ramai, dan keadaan yang agak sesak mewujudkan ketidakselesaan di kalangan para jemaah.


Oleh itu, pihak maktab ingin memulakan proses pembaikpulihan dan menaiktarafkan Surau Al-Hidayah ini, dan meminta kerjasama dari pihak Ansara Balik Pulau untuk melancarkan Tabung Dana ini, dengan harapan agar ahli-ahli Ansara Balik Pulau dapat bersama-sama membuat sumbangan atau mengutip dana untuk tujuan tersebut.


Untuk memudahkan ahli-ahli Ansara Balik Pulau membuat sumbangan, pemecahan lot telah dibuat, iaitu sebanyak 500 lot, pada harga RM100 untuk satu lot, di mana ahli-ahli boleh membuat sumbangan dengan cara membeli lot tunggal, atau berkongsi lot bersama ahli-ahli lain.






Pelajar-pelajar MRSM Balik Pulau juga telah menyediakan beberapa slaid untuk tatapan kita semua.




Kepada mereka yang mempunyai masalah untuk melihat video di atas, setiap slaid telah dirungkaikan seperti di bawah:








Oleh itu, kami ingin menyeru ahli-ahli ANSARA Balik Pulau untuk bersama-sama membuat sumbangan untuk menaiktarafkan Surau Al-Hidayah ini. Kami percaya, ramai di antara ahli-ahli ANSARA Balik Pulau telah menjadi jemaah di surau ini, dan marilah kita sama-sama menjadikan keadaan surau ini lebih baik untuk adik-adik kita.


Untuk membuat sumbangan, anda boleh hubungi Sdr. Syamsul Yasir di 017 3000 706 atau hantar email ke ansarabalikpulau@gmail.com.


***Bayaran boleh dibuat kepada akaun Maybank Ansara Balik Pulau, no. akaun 562973004459, dengan email ansarabalikpulau@gmail.com. Jangan lupa hantarkan resit sumbangan kepada emel di atas, atau kepada nombor yang tertera di atas, serta nama dan jumlah sumbangan.

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. (Riwayat at-Tirmidzi)
PELANCARAN TABUNG DANA MEMBAIKPULIH SURAU AL-HIDAYAH, MRSM BALIK PULAU PELANCARAN TABUNG DANA MEMBAIKPULIH SURAU AL-HIDAYAH, MRSM BALIK PULAU Reviewed by ANSARA BALIK PULAU on 00:57 Rating: 5

No comments: