PERLEMBAGAAN ANSARA
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN
BEKAS PELAJAR MRSM MALAYSIA (ANSARA)
FASAL 1 : NAMA
1.1 Nama
Persatuan ialah PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM atau nama ringkasnya
“ANSARA”, dan selepas daripada ini
disebut “Persatuan”.
FASAL 2 : TEMPAT URUSAN
2.1 Alamat tempat urusan Persatuan ialah Tingkat
4, Bangunan Medan MARA Jalan Raja Laut PO Box 13600, 50816 Kuala Lumpur atau di
tempat-tempat lain yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa
Pusat. Alamat tempat urusan Persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran
Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 : LAMBANG DAN LOGO
PERSATUAN
3.1 Lambang dan Logo Persatuan serta pengertian
dan tafsiran ke atasnya adalah sepertimana yang dilampirkan di Lampiran `A’.
3.2 Lambang
, logo serta nama Persatuan dalah merupakan hak mutlak Persatuan. Tiada
sesiapapun berhak menggunakannya tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Persatuan.
FASAL 4 : TUJUAN DAN
MATLAMAT
Persatuan
ini merupakan sebuah pertubuhan sukarela yang bermatlamatkan seperti berikut:
4.1 Menggabungkan ahli-ahli Persatuan untuk saling bekerjasama menjalankan aktiviti
sosial, akademik dan ekonomi yang mengorak langkah ke arah kemajuan Bumiputera
yang dinamik;
4.2 Memupuk dan mengeratkan perhubungan sesama
ahli-ahli Persatuan;
4.3 Mengadakan aktiviti yang berfaedah untuk
ahli-ahli Persatuan, Maktab Rendah Sains MARA (selepas ini dirujuk sebagai
“MRSM”) dan masyarakat umum; dan
4.4 Menjalankan perniagaan yang bersesuaian bagi
membiayai perbelanjaan aktiviti-aktiviti Persatuan.
FASAL 5 : KEAHLIAN
5.1 Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada
semua bekas Pelajar MRSM tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
a.
Tiap-tiap
pendaftaran keahlian hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pusat atau
Jawatankuasa Cawangan.
b.
Tiap-tiap
pendaftaran keahlian hendaklah disertakan dengan bayaran masuk dan yuran tahun
pertama sepertimana yang ditetapkan oleh Persatuan kepada Persatuan atau
Cawangan.
c.
Seseorang
pelajar universiti atau kolej universiti boleh diterima menjadi ahli Persatuan
ini dengan kebenaran universiti atau kolej universiti yang berkenaan,
sepertimana yang ditetapkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974.
d. Setiap
ahli hanya berhak menjadi ahli di sebuah Cawangan sahaja.
5.2 Jawatankuasa Pusat berhak dan berkuasa untuk
menentukan serta mengadakan peraturan-peraturan bagi menyelaraskan prosedur
kemasukan dan pendaftaran ahli-ahli.
FASAL 6 : TANGGUNGJAWAB
DAN HAK-HAK AHLI
6.1 Tiap-tiap ahli Persatuan mempunyai
tanggungjawab seperti berikut:
a.
Memegang teguh
dan mentaati Perlembagaan Persatuan serta peraturan-peraturan lain yang
dikeluarkan oleh Persatuan bagi mencapai tujuan dan matlamat Persatuan;
b.
Menghadiri dan
mengambil bahagian di dalam kegiatan Persatuan dan Cawangannya;
c.
Menjelaskan
yurannya sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persatuan.
6.2 Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di
dalam Perlembagaan ini, setiap ahli berhak bersuara, memilih, dipilih dan
dilantik untuk sebarang jawatan di dalam Persatuan dan Cawangannya.
6.3 Seseorang ahli hanya berhak mengundi atau
menjadi calon untuk sesuatu pemilihan atau perlantikan sekiranya beliau telah
menjadi ahli dan menjelaskan semua yurannya samada semasa atau tertunggak pada
atau sebelum 31 Mac di dalam tahun di mana Mesyuarat Agung Persatuan dan/atau
Cawangan di adakan.
6.4 Mana-mana ahli yang digantung dan/atau
tergantung keahliannya samada oleh Persatuan, Cawangan atau disebabkan oleh
pelanggaran Perlembagaan ini olehnya tidak berhak:
a.
Menjadi calon
bagi sesuatu perlantikan;
b.
Bersuara atau
mengemukakan pendapat di dalam mana-mana Mesyuarat Agung Persatuan atau
Cawangan dan/atau mana-mana forum Persatuan atau Cawangan;
c.
Memilih,
mengundi dan/atau dilantik untuk apa-apa jawatan di dalam mana-mana Mesyuarat
Agung Persatuan atau Cawangannya;
d.
Menggunakan
apa-apa kemudahan serta keistimewaan yang diberi selaras dengan hak-haknya
sebagai seorang ahli.
FASAL 7 : PEMBERHENTIAN
DAN PEMECATAN AHLI
7.1 Ahli
yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu samada kepada Setiausaha Agung
atau Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.
7.2
Mana-mana ahli
yang gagal mematuhi Perlembagaan Persatuan atau bertindak dengan cara yang akan
mencemar nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi
suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Pusat.
Sebelum Jawatankuasa Pusat memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan, membela dirinya dan merayu ke atas keputusan tersebut.
FASAL 8 : BAYARAN MASUK,
YURAN DAN BAYARAN LAIN
8.1 Bayaran
masuk dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah seperti mana yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat dari masa ke semasa.
8.2 Yuran
tahunan semasa hendaklah dijelaskan
kepada Bendahari Agung atau Bendahari Cawangan pada atau sebelum 31hb Mac tahun
yang tersebut .
8.3 Mana-mana
ahli yang gagal menjelaskan yuran tahunannya sepertimana yang ditetapkan oleh
Fasal 8.2 di atas akan tergantung hak-haknya sebagai seorang ahli sehingga
tunggakan yurannya telah dijelaskan.
8.4 Jawatankuasa
Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi mereka yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
8.5 Yuran khas atau kutipan wang daripada
ahli-ahli untuk tujuan-tujuan yang khusus
atau tertentu boleh dibuat dengan persetujuan Jawatankuasa Pusat.
8.6 Jawatankuasa Pusat berhak dan berkuasa untuk
menentukan serta mengadakan peraturan-peraturan bagi menyelaraskan prosedur
pengutipan dan penggunaan yuran keahlian.
FASAL 9 : MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PERSATUAN
9.1 Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan adalah merupakan badan tertinggi yang akan menentukan
hala tuju dan wawasan Persatuan. Wakil-wakil Cawangan dan ahli-ahli
Jawatankuasa Pusat boleh hadir bagi menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan
mengikut peraturan-peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini.
9.2 Wakil-wakil Cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap tahun
oleh Cawangan masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesebuah Cawangan
berhak menghantar tidak lebih daripada lima belas (15) wakil bagi Cawangan yang
mempunyai jumlah keahlian yang tidak melebihi 200 ahli berdaftar yang tidak tergantung
haknya. Untuk setiap 100 ahli seterusnya yang memenuhi syarat-syarat keahlian,
Cawangan tersebut boleh menghantar tambahan satu(1) orang ahli ke Mesyuarat
Agung Tahunan hingga tidak melebihi dua puluh (20) wakil keseluruhannya
(termasuk lima belas (15) wakil asal).
Kuasa untuk memilih wakil-wakil ini diserahkan kepada Jawatankuasa
Cawangan. Bagaimanapun, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan tidak boleh
dipilih menjadi wakil Cawangan.
9.3 Semua
Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil Cawangan yang hadir berkuasa mengundi
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan. Mana-mana ahli Persatuan, dengan
persetujuan Presiden boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
sebagai pemerhati dan dia tidak boleh bercakap atau mengundi.
9.4 Korum
untuk Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
dianggap cukup jika Perwakilan Cawangan
yang hadir berjumlah sekurang-kurangnya dua (2) kali bilangan Ahli
Jawatankuasa Pusat .
9.5 Jika
korum tidak cukup selepas satu (1) jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama satu jam lagi; dan,
jika korum tidak cukup juga selepas daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir
menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah mereka berkuasa meminda
Perlembagaan Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua
ahli.
9.6 Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan hendaklah diadakan pada atau sebelum 31 Julai pada
tahun yang berkenaan sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.
Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan ialah:
(a)
Menerima
laporan Setiausaha Agung berkenaan perjalanan persatuan di dalam tahun yang
sebelumnya;
(b)
Menerima
laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang
sebelumnya;
(c)
Memilih
ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan dua orang Juruaudit untuk tempoh selama dua
(2) tahun yang akan datang; dan
(d)
Menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu sepertimana yang
telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat.
9.7 Notis
awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan yang menyatakan tarikh, waktu,
tempat, serta jemputan mengemukakan cadangan untuk perbincangan (usul), meminda
Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli- ahli Jawatankuasa Pusat,
hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan
tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
mesyuarat. Di samping itu sesalinan
notis yang sama hendaklah juga dipamirkan di pejabat berdaftar Persatuan.
9.8 Nama-nama
wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk
dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan
kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum
tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
9.9 Mana-mana
ahli yang berhasrat membuat pencalonan tanpa melalui Cawangan, mereka bolehlah
membuat pencalonan dengan syarat mereka hendaklah mendapat sekurang-kurangnya
lima belas (15) sokongan ke atas pencalonan tersebut. Pencalonan tersebut hendaklah dihantar kepada
Setiausaha Agung tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.
9.10 Setiausaha
Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan notis peringatan beserta satu salinan agenda, peringatan Mesyuarat
Agung yang lalu, Laporan Tahunan Persatuan dan Penyata Kira-Kira Persatuan bagi
tahun lalu yang telah diaudit.
9.11 Setiausaha
Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan minit
Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh yang berpatutan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 10 : MESYUARAT
AGUNG LUAR BIASA
10.1 Mesyuarat
Agung Luarbiasa bagi Persatuan ini boleh diadakan atas salah satu atau kesemua
sebab-sebab berikut:
(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
Pusat; atau
(b)
Atas
permintaan dengan bertulis oleh lebih daripada satu per dua (1/2) daripada
jumlah Cawangan-Cawangan yang sah dengan
menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab yang sama bagi mengadakannya.
10.2 Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang diminta oleh Cawangan-Cawangan hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat tersebut.
10.3 Pengumuman
dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luarbiasa itu hendaklah diedarkan kepada semua
Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-kurangnya lima belas (15)
hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.
10.4 Peruntukan-peruntukan
yang terkandung di dalam Fasal 9 (4) dan 9 (5) Perlembagaan ini berkenaan korum
dan penangguhan Mesyuarat Agung Persatuan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung
Luarbiasa tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas satu jam
dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa itu atas
permintaan Cawangan-Cawangan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Sekiranya pembatalan ini berlaku, maka
sekurang-kurangnya di dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang dibatalkan tersebut, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa yang
lain yang dipohon dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
10.5 Setiausaha
Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan minit
Mesyuarat Agung Luarbiasa dalam tempoh
yang berpatutan setelah selesainya
mesyuarat itu.
FASAL 11 : JAWATANKUASA
PUSAT
11.1 Di masa ketiadaan Mesyuarat Agung, Jawatankuasa
Pusat adalah merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mentadbir keseluruhan
hal ehwal Persatuan dan membuat keputusan ke atas perjalanan persatuan.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat ini – yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan –
adalah seperti berikut:
(a) Seorang
Presiden;
(b) Seorang
Timbalan Presiden;
(c) Dua
orang Naib Presiden;
(d) Seorang
Setiausaha Agong;
(e) Seorang
Penolong Setiausaha Agung;
(f) Seorang
Bendahari Agung
(g) Ahli
Jawatankuasa Biasa yang terdiri daripada setiap Ketua Cawangan ; dan
(h) Tidak
melebihi Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden
11.2 Presiden
mempunyai kuasa untuk melantik dan memberhentikan perkhidmatan :-
a) Setiausaha Agung dan Penolong
Setiausaha Agung.
b) Ahli
Jawatankuasa yang dilantik
11.3 Semua
ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif di dalam Persatuan ini hendaklah warganegara
Malaysia.
11.4 Pemilihan
bagi jawatan-jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta
Bendahari Agung akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil Cawangan
dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat yang ada pada ketika itu di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan. Keputusan
adalah dengan cara undi terbanyak.
Sekiranya jumlah undi yang diperolehi untuk sesuatu jawatan tersebut
adalah sama, maka pengerusi mesyuarat pada ketika itu mempunyai undi pemutus
(casting vote), di samping undinya sendiri.
11.5 Ketua-Ketua Cawangan yang dipilih di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan menduduki jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa
di dalam Jawatankuasa Pusat Persatuan secara automatik.
11.6 Jawatankuasa
Pusat mempunyai kuasa untuk mengambil segala tindakan yang perlu bagi
melaksanakan serta mencapai tujuan-tujuan Persatuan dengan sempurna.
11.7 Jawatankuasa
Pusat juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil apabila
diperlukan untuk tujuan tertentu. Pengerusi bagi Jawatankuasa Kecil ini serta
ahli-ahlinya boleh dilantik dari kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat dan/atau
ahli-ahli Persatuan. Jawatankuasa Kecil itu adalah tertakluk kepada arahan dan
kawalan Jawatankuasa Pusat.
11.8 Jawatankuasa
Pusat berkuasa membuat serta mengadakan peraturan-peraturan untuk menjalankan
kegiatan-kegiatan Persatuan, termasuk mengadakan peraturan-peraturan bagi
Mesyuarat Agung serta pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat.
11.9 Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat
sekurang- kurangnya sekali di dalam masa dua (2) bulan dan notis pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat.
Presiden dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada dua per tiga
(2/3) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil
supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya satu per dua (1/2) daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa
Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum
mesyuarat.
11.10 Jika
timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan
mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan
kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat
mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan
Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:
a)
Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;
b)
Ahli-ahli
Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka secara
bertulis terhadap cadangan itu; dan
c)
Keputusan
hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang diperolehi
melalui surat pekeliling
hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat
berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.
11.11 Ahli Jawatankuasa Pusat yang gagal menghadiri
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan yang
munasabah akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa Pusat.
11.12 Kecuali bagi kekosongan ke atas jawatan
Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Ketua Cawangan dan Ahli
Jawatankuasa yang dilantik, sekiranya berlaku kekosongan jawatan-jawatan yang
lain di dalam Jawatankuasa Pusat, maka Jawatankuasa Pusat berhak melantik
mana-mana ahli Jawatankuasa Pusat yang lain atau ahli Persatuan untuk
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Persatuan diadakan.
FASAL
12 : TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PUSAT
12.1 Presiden
a)
Bertanggungjawab
di atas kesempurnaan pentadbiran, perjalanan dan hal ehwal Persatuan secara
keseluruhannya;
b)
Mempengerusikan
semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, Timbalan Presiden akan
mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sekiranya Presiden dan Timbalan Presiden
tidak hadir, salah seorang daripada Naib Presiden akan dilantik sebagai
pengerusi mesyuarat;
c)
Menandatangani
minit-minit Mesyuarat, cabutan-cabutan
dan atau salinan-salinan rekod Persatuan
bersama Setiausaha Agung sekiranya perlu;
d)
Tertakluk
kepada Fasal 11.2 di atas, Presiden mempunyai kuasa untuk melantik dan
memberhentikan perkhidmatan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan
Ahli Jawatankuasa yang dilantik.
e)
Memanggil
sendiri atau melalui Setiausaha Agung mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatankuasa Pusat , Jawatankuasa
Kecil serta lain-lain mesyuarat bila perlu;
f)
Mengarah
Juruaudit Persatuan supaya mengaudit akaun Persatuan dan Cawangan pada bila-bila masa yang diperlukan
dan melaporkan keputusan audit tersebut kepada Jawatankuasa Pusat bila perlu.
12.2 Timbalan Presiden
a)
Dalam
masa ketiadaan Presiden Timbalan Presiden akan memangku dan menjalankan
tugas-tugas dan tanggungjawab Presiden;
b)
Membantu
Presiden dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya;
c)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat keatasnya dari masa
ke semasa.
12.3 Naib -Naib Presiden
a)
Dalam masa
ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden,
seorang Naib Presiden akan mengambilalih dan menjalankan tugas-tugas dan
tanggungjawab Presiden.
b)
Membantu
Presiden dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan.
c)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat keatasnya dari masa
ke semasa.
12.4 Setiausaha Agung
a)
Tertakluk
kepada peruntukan Perlembagaan Persatuan, Setiausaha Agung bertanggungjawab
secara lansung kepada Presiden. Atas arahan Presiden, beliau akan memanggil dan
menghadiri semua Mesyuarat Agung Persatuan, Mesyuarat Agung Luarbiasa,
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan
mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan sekiranya perlu, menyampaikan segala
dokumen-dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu;
b)
Menyimpan
dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan
lain yang dikehendaki oleh pengurusan. Tertakluk kepada Fasal 5 di atas, buku
daftar ahli hendaklah mengandungi butir-butir seperti nama Persatuan, nombor
pendaftaran Persatuan , alamat, tarikh menjadi ahli, tarikh tamat menjadi ahli,
nombor kad pengenalan , alamat dan pekerjaan;
c)
Menyimpan dan
menjaga dengan selamat meterai Persatuan;
d)
Menyediakan
Laporan Tahunan Persatuan untuk
dipertimbangkan oleh Jawatankuasa sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Persatuan;
e)
Bertanggungjawab
di atas kesempurnaan perjalanan sekretariat Persatuan serta
kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekretariat tersebut;
f)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat keatasnya dari masa
ke semasa.
12.5 Penolong Setiausaha Agung
a)
Di dalam
ketiadaan Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha akan menjalankan tugas-tugas
yang telah ditetapkan kepada Setiausaha Agung.
b)
Membantu
Setiausaha Agung menjalankan tugas.
12.6 Bendahari Agung
a)
Menerima dan
menjaga semua wang yang diterima oleh Persatuan
ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Pusat.
b)
Menyimpan ke
dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Jawatankuasa Pusat atas nama
Persatuan ini semua wang yang diterima
dalam masa tujuh (7) hari daripada penerimaannya.
c)
Mengeluarkan
resit-resit, menyediakan baucer-baucer dan surat-surat lain mengjkut
arahan-arahan Jawatankuasa Pusat.
d)
Menyimpan
dalam Akaun Wang Runcit sebanyak tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus sahaja) yang dikhaskan oleh Jawatankuasa Pusat untuk
perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat datipada akaun ini boleh
diganti seberapa kerap yang perlu.
e)
Menyelenggara
dan menyimpan akaun-akaun Persatuan dan
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat
diperiksa pada bila-bila masa
f)
Menyediakan
Penyata Kewangan Tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat.
g)
Menyediakan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan. Persatuan untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh
Jawatankuasa Pusat sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan.
h)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat keatasnya dari masa
ke semasa.
12.7 Ahli
Jawatankuasa Biasa dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik
Menjalankan
tugas-tugas sepertimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Pusat.
12.8 Kuasa-Kuasa Dan Tugas-Tugas
Jawatankuasa Pusat
a)
Jawatankuasa
Pusat mempunyai kuasa untuk mengambil segala tindakan yang perlu – termasuk
merangka dasar dan prinsip Persatuan -- bagi memastikan objektif dan tujuan
penubuhan Persatuan dapat dicapai dengan
sempurna.
b)
Jawatankuasa
Pusat adalah berkuasa melantik Jawatankuasa Kecil apabila diperlukan.
Jawatankuasa Kecil itu adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa
Pusat.
c)
Mengawal,
mengelola serta memutuskan sebarang perkara yang bersabit dengan ahli, termasuk
menubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi membicarakan ahli-ahli yang telah
melanggar Perlembagaan ini..
d)
Meluluskan
Belanjawan Tahunan Persatuan.
e)
Melantik
Penaung Persatuan.
f)
Berkuasa
menubuhkan Cawangan-Cawangan Persatuan sepertimana yang dijelaskan di dalam
Fasal 16 Perlembagaan ini.
FASAL 13 : HAL EHWAL
KEWANGAN PERSATUAN
13.1 Semua
wang yang diterima oleh Persatuan akan dimasukkan ke dalam Akaun Persatuan di
Bank.
13.2 Cek-cek
hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Agung dan hendaklah ditandatangani
timbal oleh salah seorang daripada Presiden , Timbalan Presiden, Naib Presiden
atau Setiausaha Agung.
13.3 Kumpulan
wang yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) tidak
boleh disimpan oleh Bendahari Agung sebagai Wang Runcit.
FASAL
14 : JURUAUDIT
14.1 Dua orang yang bukannya pegawai Persatuan
boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Persatuan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama
dua tahun dan tidak boleh dilantik
semula.
14.2 Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa
kira-kira Persatuan dan bagi setahun, dan membuat laporan untuk dibentangkan di
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan. Jika sekiranya diperlukan, mereka juga boleh
diarahkan oleh Presiden pada untuk mengaudit kira-kira Persatuan atau
Cawangan-Cawangan pada bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan
membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat.
FASAL 15 : PEMEGANG AMANAH
15.1 Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih
daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Persatuan, dan
mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan. Harta boleh alih
yang dimiliki oleh Persatuan boleh diamanahkan kepada mereka dengan
menandatangani suatu Surat Ikatan Amanah
15.2 Pengamanah
tidak boleh menjual,
menarik balik dan menukarkan harta kepunyaan Persatuan
tanpa persetujuan dan kuasa yang
diberikan oleh Jawatankuasa Pusat.
15.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Pemegang
Amanah, Jawatankuasa Pusat berhak melantik penggantinya yang baru dan Mesyuarat
Agung Persatuan yang diadakan pada tahun yang berikutnya hendaklah mengesahkan.
FASAL 16 : PENUBUHAN
CAWANGAN-CAWANGAN
16.1 Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan
Cawangan Persatuan bagi setiap MRSM yang ada di dalam negara ini (di dalam
Perlembagaan ini disebut sebagai “Cawangan” atau “Cawangan-Cawangan”).
Bagaimanapun, sebelum sesebuah Cawangan ditubuhkan, kebenaran secara bertulis
perlu diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
16.2 Sekurang-kurangnya lima puluh (50) ahli
diperlukan bagi menubuhkan sesebuah Cawangan Persatuan.
FASAL 17 : MESYUARAT AGUNG
CAWANGAN
17.1 Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan hendaklah
diadakan pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun .
17.2 Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
ialah untuk:
(a)
Menerima
laporan Setiausaha Cawangan , Bendahari Cawangan dan Penyata Kira-kira Cawangan
yang telah diaudit bagi tahun lepas.
(b)
Memilih
Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan untuk suatu tenpoh selama dua (2)
tahun;.
(c) Membincangkan
perkara-perkara lain yang akan dibentangkan.
17.3 Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar notis
kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh
yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Cawangan
yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan
mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan
Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan.
17.4 Pencalonan
untuk pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa dan cadangan untuk perbincangan di dalam
mesyuarat tersebut hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat
daripada empat belas (14) hari selepas penerimaan notis Mesyuarat Agung Cawangan Sekiranya tiada
terdapat sebarang pencalonan untuk sesuatu jawatan atau cadangan untuk
perbincangan , maka pencalonan serta pemilihan jawatan tersebut dan cadangan
untuk perbincangan bolehlah dibuat semasa Mesyuarat Agung berkenaan.
17.5 Setiausaha
Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya tujuh
(7) hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Cawangan, satu agenda termasuk
salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira
Cawangan bagi tahun sebelumnya.
17.6 Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada jumlah ahli-ahli Cawangan yang berhak mengundi atau dua
(2) kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa Cawangan, mengikut mana yang kurang,
hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung
Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
17.7 Jika
korum tidak cukup selepas satu jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama satu jam lagi dan jika kuorum tidak cukup selepas daripada
waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli
berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.
17.8 Mesyuarat Agung Luarbiasa Cawangan boleh
diadakan jika:
(a) Atas
arahan Jawatankuasa Pusat; atau
(b) Apabila
Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
(c) Atas
permintaan bertulis daripada setengah bilangan ahli Cawangan atau
sekurang-kurangnya lima puluh orang ahli-ahli Cawangan dengan menyatakan tujuan
dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.
17.9 Mesyuarat Agung Luarbiasa Cawangan atas permintaan ahli-ahli
hendaklah diadakan dalam tempoh empat
belas (14) hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.
17.10 Fasal
17 (6) dan 17 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luarbiasa
Cawangan, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas satu jam
dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luarbiasa itu atas
permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. Sekiranya pembatalan ini berlaku, maka
sekurang-kurangnya di dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh Mesyuarat
Agung Luarbiasa yang dibatalkan tersebut, satu Mesyuarat Agung Luar Biasa yang
lain yang dipohon dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
17.11
Setiausaha
Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung minit
mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat Agung Cawangan dalam tempoh yang berpatutan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL
18: JAWATANKUASA CAWANGAN
18.1 Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah
terdiri daripada:
a) Seorang Ketua Cawangan;
b) Seorang Naib Ketua Cawangan;
c) Seorang Setiausaha Cawangan;
d) Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;
e) Seorang Bendahari Cawangan; dan
f) Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa
Cawangan.
18.2 Semua ahli yang berkhidmat di dalam
Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai lain yang menjalankan tugas-tugas
eksekutif di dalam Cawangan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.
18.3 Ketua Cawangan, Naib Ketua Cawangan, Bendahari
dan Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa hendaklah dpilih tiap-tiap dua tahun
sekali oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
18.4 Setiausaha dan Penolong Setiausaha akan
dilantik oleh Ketua Cawangan untuk tempoh selama dua (2) tahun.
18.5 Pencalonan
untuk jawatan-jawatan yang disebutkan di dalam Fasal 18.3 di atas hendaklah
dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh
ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Cawangan.
18.6 Tugas Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan
mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan mengikut Perlembagaan Persatuan dan
arahan-arahan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
FASAL 19 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
19.1 Ketua Cawangan
a)
Menduduki
kerusi dan wakil rasmi Cawangan di dalam Jawatankuasa Pusat Persatuan;
b)
Ketua Cawangan
bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan Cawangan serta pentadbiran dan
pengurusannya;
c)
Ketua Cawangan
akan mempengerusikan semua mesyuarat. Sekiranya beliau tidak hadir, Naib Ketua
Cawangan akan mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sekiranya Ketua dan Naib Ketua Cawangan tidak hadir, salah seorang Ahli Jawatankuasa
Cawangan akan dilantik sebagai pengerusi mesyuarat;
d)
Berkuasa
melantik dan memecat Setiausaha dan Penolong Setiausaha Cawangan;
e)
Menandatangani
minit-minit Mesyuarat, cabutan-cabutan
dan atau salinan-salinan rekod Persatuan
bersama Setiausaha Cawangan
sekiranya perlu
f)
Memanggil
sendiri atau melalui Setiausaha Cawangan
mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa
Cawangan bila masa perlu.
g)
Mengarah Juruaudit
supaya mengaudit Akaun Cawangan
bila-bila masa dan melaporkan kepada Jawatankuasa Cawangan bila masa perlu.
19.2 Naib Ketua Cawangan
a)
Dalam masa
ketiadaan Ketua Cawangan, Naib Ketua Cawangan akan mengambil alih dan
menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Ketua Cawangan;
b)
Membantu Ketua
Cawangan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya;
c)
Menjalankan
apa-apa tugas sepertimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa Cawangan
19.3 Setiausaha Cawangan
a)
Tertakluk
kepada peruntukan Perlembagaan Persatuan Setiausaha Cawangan bertanggungjawab
secara langsung kepada Ketua Cawangan. Beliau akan memanggil dan menghadiri
semua Mesyuarat Agung Cawangan , Mesyuarat Luarbiasa Cawangan, Mesyuarat
Jawatankuasa Cawangan dan mesyuarat-mesyuarat
yang diadakan dan menyampaikan segala dokumen-dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat-mesyuarat itu.
b)
Menyimpan
dengan betul, teratur dan kemaskini daftar ahli-ahli, buku-buku dan laporan
lain yang dikehendaki oleh pengurusan. Tertakluk kepada Fasal 4.2 diatas, buku
daftar ahli hendaklah mengandungi butir-butir seperti nama Persatuan, nombor
pendaftaran Persatuan , alamat, tarikh menjadi ahli, tarikh tamat menjadi ahli,
nombor kad pengenalan , alamat dan pekerjaan.
c)
Menyediakan
Laporan Tahunan Cawangan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa sebelum
dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan
d)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan keatasnya dari masa ke semasa.
19.4 Penolong Setiausaha
a)
Di dalam
ketiadaan Setiausaha Cawangan, Penolong Setiausaha akan menjalankan tugas-tugas
yang telah ditetapkan kepada Setiausaha Cawangan .
b)
Membantu
Setiausaha Cawangan menjalankan tugas.
19.5 Bendahari
Cawangan
a)
Menerima dan
menjaga semua wang yang diterima oleh Cawangan
ini dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Jawatankuasa Cawangan
.
b)
Menyimpan ke
dalam akaun bank yang dibuka atas kelulusan Jawatankuasa Cawanngan atas nama cawanngan semua wang yang diterima dalam masa tujuh (7)
hari daripada penerimaannya.
c)
Mengeluarkan
resit-resit, menyediakan baucer-baucer dan surat-surat lain mengjkut
arahan-arahan Jawatankuasa Cawangan .
d)
Menyimpan
dalam Akaun Wang Runcit sebanyak tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit
Malaysia Lima Ratus sahaja) yang dikhaskan oleh Jawatankuasa Cawangan untuk perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
yang dibuat datipada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu.
e)
Menyelenggara
dan menyimpan akaun-akaun Cawangan dan
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat
diperiksa pada bila-bila masa
f)
Menyediakan
Penyata Kewangan Tahunan yang telah siap diaudit untuk dipertimbangkan dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung
Cawangan .
g)
Menyediakan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Cawangan untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh
Jawatankuasa cawanngan sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Cawangan .
h)
Menjalankan
sebarang tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Cawangan keatasnya dari masa ke semasa.
19.6 Ahli Jawatankuasa Biasa
Menjalankan
tugas mengikut arahan Jawatankuasa Cawangan .
19.7 Kuasa-Kuasa Dan Tugas-Tugas
Jawatankuasa Cawangan
a)
Jawatankuasa
Cawangan mempunyai kuasa untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk melaksanakan tujuan-tujuan
Persatuan dengan sempurna. Bagaimanapun, tindakan-tindakan ini hendaklah
selari dengan keputusan dan arahan Jawatankuasa Pusat Persatuan;
b)
Jawatankuasa
Cawangan adalah berkuasa melantik
Jawatankuasa Kecil apabila diperlukan. Jawatankuasa Kecil itu adalah tertakluk
kepada arahan dan kawalan Jawatankuasa Cawangan .
FASAL 20 : HAL EHWAL
KEWANGAN CAWANGAN
20.1 Semua
wang yang diterima oleh Cawangan akan
dimasukkan ke dalam Akaun Cawangan di
Bank sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan.
20.2 Cek-cek hendaklah ditandatangani oleh Bendahari
Cawangan dan hendaklah ditandatangani
timbal oleh salah seorang daripada Ketua, Naib Ketua atau Setiausaha Cawangan.
20.3 Kumpulan wang yang lebih daripada RM500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ratus sahaja) tidak boleh disimpan oleh Bendahari
Cawangan sebagai Wang Runcit.
FASAL 21 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN
UMUM MENGENAI CAWANGAN
Di
mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi
perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran Cawangan Persatuan, Perlembagaan
dan peraturan yang berkenaan mengenai
pentadbiran Persatuan induk akan diikuti sejauh mana yang sesuai. Mesyuarat
Agung Persatuan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat
Agung Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.
FASAL 22 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung
Persatuan . Permohonan untuk perubahan dan pindaan Perlembagaan
hendaklah dibuat kepada Pendaftar Persatuan dalam tempoh tiga puluh
(30) hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Persatuan meluluskan perubahan atau pindaan itu dan
hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan
pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 23 : PEMBUBARAN
23.1 Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela
dengan persetujuan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3 ) jumlah semua wakil
Cawangan yang hadir di dalam suatu Mesyuarat Agung Luarbiasa yang dipanggil
khusus kerananya.
23.2 Sekiranya Persatuan hendak dibubarkan secara
yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah
mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung
Luarbiasa tersebut.
23.3 Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah
disampaikan oleh Jawatankuasa Pusat kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa
empat belas (14) hari daripada tarikh pembubaran itu.
FASAL
24 : TAFSIRAN
UNDANG-UNDANG
Di
antara berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan, Jawatankuasa Pusat boleh
memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan sekiranya perlu membuat
keputusan berhubung perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan
ini. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Persatuan , keputusan Jawatankuasa
Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
Mesyuarat Agung Persatuan .
FASAL 25 : LARANGAN
25.1 Permainan
yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan:
Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tan Ngau, Tien Kow,
Chap Ji Kee,Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah,
semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung
semata-mata kepada nasib.
25.2 Persatuan
atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu
perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan
kesatuan sekerja seperti definasi dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
25.3 Persatuan
ini tidak boleh
menjalankan loteri sama
ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau
pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa Pusat atau ahli tanpa kelulusan daripada
pihak berkuasa berkenaan.
25.4 "Faedah"
seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah
boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.
========******========
PERLEMBAGAAN ANSARA
Reviewed by ANSARA BALIK PULAU
on
12:14
Rating:
No comments: