Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bahawa saya mewakili EXCO ANSARA dan Jawatankuasa Penganjur Karnival Syoknya ANSARA 2016 (KSA2016) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan acara KSA yang baru berlangsung pada 21,22,27 dan 28 Februari 2016.
Alhamdulillah, kita dapat berkumpul bersama dalam program yang mengumpulkan ramai bekas pelajar MRSM dari seluruh pelusuk negara. Pelbagai reaksi positif diberikan dari peserta-peserta yang terlibat antaranya KSA2016 adalah platform untuk kita semua berkumpul, berkenalan dan bermain bersama walaupun belajar di maktab yang berbeza dan yang penting kita dapat bergaul bersama walaupun terdapat beberapa generasi yang berlainan.
Itulah semangat warga ANSARA yang kita lihat dan kita banggakan.
Saya mengakui bahawa terdapat pelbagai kelemahan yang berlaku dari pihak penganjur sendiri melalui maklumbalas yang kami terima. Saya juga kesal dengan perkara itu dan telah mengarahkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian agar kita tidak akan mengulangi kesilapan sama pada acara yang akan berlangsung pada masa akan datang.
Harapan saya agar semua dapat memberi sokongan penuh dan tidak serik untuk menyertai program-program yang dianjurkan ANSARA.
Saya amat mengalu-alukan komen dan cadangan dari rakan-rakan ANSARA dan kami sedaya upaya akan mengambil langkah yang serius dengan penuh tanggungjawab. Maklumbalas rakan-rakan semua boleh dikongsi di email syoknyaansara@gmail.com
Terima kasih.
HARUN AMINULRASHID
Timbalan Presiden ANSARA
29hb Feb 2016
5.45 ptg.
Timbalan Presiden ANSARA
29hb Feb 2016
5.45 ptg.
Karnival Syoknya ANSARA
Reviewed by ANSARA BALIK PULAU
on
15:12
Rating:
No comments: