ANSARABP

ANSARABP
Ansara Balik Pulau

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017 DAN PEMILIHAN KETUA CAWANGAN DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2017/2019

Semua Ahli Berdaftar
ANSARA Balik Pulau

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera,
NOTIS MESYUARAT AGUNG  TAHUNAN 2017 DAN PEMILIHAN KETUA CAWANGAN DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2017/2019
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.
Bagi pihak Ketua Cawangan ANSARA Balik Pulau sesi 2015/2017, saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) serta pemilihan Ketua Cawangan dan barisan AJK untuk sesi 2017/2019 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh:             AHAD, 10 DISEMBER 2017
                        Masa:              2.00 PETANG
                        Tempat:           UMAI CAFÉ, 1st Floor, PRESINT 2,
 PUTRAJAYA

Selaras dengan Fasal 17.3 dan 17.4 Perlembagaan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA), pemilihan Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa Sesi 2017/2019 akan diadakan pada MAT ini. Pencalonan boleh dibuat melalui borang yang disediakan di dalam laman Facebook rasmi MRSM BALIK PULAU | ANSARA BALIK PULAU (https://www.facebook.com/groups/153977147164/)
Sebarang usul yang ingin dikemukan ketika Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) perlu diemelkan kepada kepada ansarabalikpulau82@gmail.com untuk perhatian Setiausaha ANSARA Balik Pulau pada atau sebelum 30 November 2017 sebelum jam 12 tengah hari.
Setiap  borang pencalonan perlu diemelkan kepada ansarabalikpulau82@gmail.com untuk perhatian Setiausaha ANSARA Balik Pulau pada atau sebelum 30 November 2017 sebelum jam 12 tengah hari.
Semakan bidang tugas untuk setiap jawatan yang ditandingkan bolehlah dirujuk kepada perlembagaan ANSARA di laman web rasmi ANSARA Balik Pulau di http://ansarabp.blogspot.com.
Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh ditujukan kepada Setiausaha ANSARA BP di emel yang tertera di atas.

Harap Maklum.
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2017 DAN PEMILIHAN KETUA CAWANGAN DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2017/2019 NOTIS MESYUARAT AGUNG  TAHUNAN 2017 DAN PEMILIHAN KETUA CAWANGAN DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESI 2017/2019 Reviewed by ANSARA BALIK PULAU on 11:00 Rating: 5

No comments: